Mengira Spread Emas dan Spread Silver

Apakah yang dimaksudkan dengan Spread ?

Spread ialah perbezaan antara harga jualan dan harga belian emas. Harga jualan ialah harga yang syarikat atau institusi yang menjual emas gunakan semasa menjual emas kepada kita. Manakala harga belian ialah harga yang syarikat atau institusi yang menjual emas gunakan semasa membeli semula emas daripada kita.

Penting Tak Spread ?

Spread harga emas dan silver merupakan salah satu aspek yang perlu di ambil perhatian sebelum membeli emas dan perak.Semakin kecil spread harga semakin tinggi keuntungan anda semasa menjual emas dan perak tersebut.Semakin tinggi spread semakin mengecil keuntungan anda semasa menjual emas dan perak tersebut.

Bagaimana Mengira Spread Harga Emas dan Silver ?

We Sell = Harga yang anda beli dari syarikat / organisasi.
We Buy = Harga yang anda jual kembali kepada syarikat / organisasi.

Contoh :

We Sell = RM 5240.00 manakala We Buy = RM 4978.00

Harga Spread = Harga “We Sell” – Harga “We Buy”
Spread = RM 5240.00 – RM 4978.00 = RM 262

Peratus Harga Spread = (Harga Spread / Harga “We Buy”) x 100
Peratus Harga Spread = (RM 262 / RM 4978) x 100 = 5.26%

Berbaloikah buat pinjaman peribadi untuk beli emas?

Hari ini nak pinjaman peribadi dari bank atau pun koperasi amat mudah sekali lebih-lebih lagi kakitangan kerajaan/awam.

Kalau yang tak layak RM1 juta pun boleh ejas jadi layak RM1 juta.Yang paling best dan hairan yang “blacklist” pun boleh buat :) . Bagi kakitangan kerajaan bank yang paling mesra adalah Bank Rakyat.Pagi hantar borang , petang dapat duit.Laju betulkan……because….mereka bagi pinjam mereka dapat untung…..

Cukuplah pasal intro bank , yang saya nak kita sama-sama renung dan hayati mengenai topik berbaloikah buat personal loan / pinjaman peribadi untuk beli emas.Boleh dikatakan 80 % kakitangan kerajaan/awam membuat pinjaman peribadi ( statistik yang aku keluarkan sendiri , entah betul atau tidak :) ) . Tapi kemanakah duit tersebut ? Adakah pinjaman tersebut memberi pulangan kepada kita atau pun tidak.Itu semua terpulang pada individu itu sendiri samada duit tersebut dibelanjakan pada perkara berfaedah atau pun tidak.

Bagi saya , mereka yang membuat pinjaman peribadi untuk membeli emas , amat berbaloi-baloi.Alasan saya seperti pengiraan dibawah :

Contoh Pinjaman Peribadi

Anda membuat pinjaman peribadi RM10,000.00.
Tempoh bayaran balik 5 tahun.
Interest yang dikenakan 5.6% ( sekarang ni interest semakin rendah ) .
Bayaran bulanan RM RM213.33.

Total Bayaran 5 Tahun : RM213.33 X 60bulan = RM12,799.80

Contoh Kenaikan Harga Emas

Andai harga emas yang anda beli RM10,000.00.
Purata kenaikan harga emas setiap tahun 27%.
Dalam 1 tahun kenaikan harga emas yang bernilai RM10,00.00 = RM2,700.00.

Total nilai kenaikan harga emas yang anda beli dengan nilai RM10,000.00 dalam masa 5 tahun : RM2,700.00 X 5 tahun = RM13,500

Total Keseluruhan Nilai Emas Dalam Masa 5 Tahun : RM13,500 + RM10,000.00 = RM23500.00

Keuntungan Bersih Yang Anda Perolehi : RM23500.00 – RM12,799.80 = RM10700.20



Sumber : emaskini.com

Belian Terus Dari GSR

Pembelian emas boleh terus dibuat dengan syarikat GSR, tetapi anda terlebih dahulu mesti menjadi ahli percuma atau free member GSR.

Daftar masuk (Login) ke web GSR dan skrin seperti dibawah akan muncul.



Pilih menu 'Make Purchase' dan skrin pembelian barang akan muncul. Sila masukkan tempahan emas yang dikehendaki dan butang "Confirm Order"

Jualan barang kemas meningkat

KETIDAKTENTUAN ekonomi dunia tidak menjejaskan pasaran barangan kemas di negara ini susulan minat berterusan rakyat Malaysia membeli barangan emas sebagai pelaburan selain sebagai kegunaan perhiasan diri.

Pengarah Urusan Habib Jewels, Datuk Meer Sadik Habib berkata, pasaran barangan kemas keluaran syarikatnya terus meningkat walau pun harga emas global semakin melonjak tinggi.

Malah, jelas beliau, kenaikan harga emas di pasaran dunia itu sebenarnya turut meyakinkan pembeli untuk membuat pelaburan emas termasuk membeli barangan kemas.

“Pembeli tidak hanya membeli barangan kemas sebagai perhiasan diri, malah mereka juga membelinya bagi tujuan pelaburan ekoran kenaikan harga emas yang begitu ketara sekarang,” katanya kepada media, selepas merasmikan Galeri Warisan Jawi Peranakan di Georgetown, Pulau Pinang.

Bagi memberi jaminan pelaburan kepada pelanggannya, katanya Habib juga mempunyai syarikat pajak gadai Islam Al Rahnu yang menerima gadaian barangan emas dan batu permata.

Beliau berkata, Habib Jewels juga telah mencapai jualan yang memberangsangkan pada tahun lalu dengan pendapatan jualan RM300 juta dan syarikat itu yakin dapat meningkatkan lagi jualannya tahun ini.

Meer Sadik berkata, kumpulan menyasar peningkatan pendapatan jualan antara 10 peratus hingga 20 peratus bagi tahun ini kerana menerima permintaan yang tinggi.
Bagi menampung permintaan tempatan itu, Habib bakal membuka cawangan barunya di Perak dan Pahang pada tahun ini dengan melaburkan RM4 juta bagi pembukaan setiap cawangan.

Katanya, Habib Jewels setakat ini belum bercadang membuka cawangannya di luar negara dan mahu memberi tumpuan terhadap pasaran tempatan namun, syarikat itu giat menjalankan promosi di luar negara sebagai usaha mempromosi jenama.

Mengenai Galeri Warisan Jawi Peranakan itu, beliau berkata, Habib melabur RM2 juta bagi kerja-kerja membaik pulih bangunan kedai asalnya di Jalan Masjid Kapitan Keling, Georgetown.

Galeri yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas itu mempamerkan lebih 100 koleksi barangan kemas dan batu permata antik termasuk barangan kemas yang berusia lebih 100 tahun yang dipakai oleh kaum wanita Jawi Peranakan di Pulau Pinang. – BERNAMA

2012/02/02 (http://www.bharian.com.my)

Menjadi Pengedar Emas Dengan Modal Rendah

Harga Emas Dijangka Meningkat

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Harga emas dunia dijangka meningkat mencecah AS$1,975 (RM5,925) seaun pada suku keempat tahun ini berikutan sentimen yang positif, kata Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice hari ini.

Harga emas ditutup pada AS$$1,756.80 (RM5,268) seaun hari ini.

Beliau berkata, kenaikan itu didorong oleh beberapa faktor termasuk paras hutang yang tinggi di Amerika Syarikat, bekalannya yang terhad dan peningkatan permintaan daripada China dan India.

Brice berkata, emas merupakan pelaburan yang sangat baik kerana ia menawarkan kepelbagaian selain memberi pulangan yang menguntungkan.

Malah iklim ekonomi yang tidak menentu ketika ini, turut menekan harga komoditi itu untuk melonjak berikutan permintaan yang tinggi, kata beliau lagi.

Brice berkata demikian ketika taklimat media tentang Tinjauan Masa Hadapan Suku Pertama 2012 Standard Chartered di sini hari ini.

Beliau menjelaskan permintaan yang tinggi juga datang dari negara-negara seperti India dan China tetapi juga bank-bank pusat yang ingin meningkatkan simpanan emas sebagai pelindung inflasi.

Menurut Brice, bekalan yang terhad di sebalik permintaan yang semakin bertambah turut mendorong peningkatan harga emas menjelang hujung tahun ini.

Sementara itu, beliau juga meramalkan Ringgit mengukuh sehingga RM3.00 berbanding AS$1 sekiranya Amerika Syarikat melaksanakan pakej rangsangan ekonomi yang ketiga (third qualitative easing) pada separuh kedua tahun ini.

Katanya, sekiranya pakej rangsangan tersebut dilaksanakan ia bakal mendorong pembelian risiko (risk buying) oleh pelabur seperti mana yang telah berlaku semasa pakej-pakej terdahulu dilaksanakan.

Brice juga menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada suku pertama dan 25 mata asas lagi pada suku kedua tahun ini bagi terus merangsang pertumbuhan domestik.

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda :

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah emas dan perak untuk digunakan"

~ Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India